Latar Belakang Kelab

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada yang mengunjungi laman web kami ini. Sebelum itu, kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pelawat dan ahli - ahli Kelab Rakan Muda Kuala Krau, Pahang ini yang memberi sokongan kepada kelab. Kelab ini ditubuhkan pada awal tahun 2008 dan ahli seramai 260 orang yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Parlimen Kuala Krau ini mempunyai 80 kampung yang agak luas dan dikuasai oleh YB. Ismail bin Said, anak jati Kuala Krau. Kelab ini akan memastikan remaja zaman sekarang tidak membazirkan masa mereka dengan segala aktiviti yang tidak berfaedah seperti Merempit, Berjudi, Gejala Sosial yang tidak terbatas, Melepak dan sebagainya.